Wednesday, October 13, 2010

feeling x pasal2

mata kecik semakin kuyu
merenung bintang bertaburan di langit malam
menambah keindahan malam suram
asyik memikirkan tentang bintang
terlupa hidup yang terumbang ambing
terlupa tentang sengketa dunia
terlupa semuanya
renungan hanya pada si bintang
terkelip2 tidak henti
beribu atau berjuta tidak mampu dibilang
terkebil entah alasan apa mahu digapai bintang nun jauh disana
suatu impian bodoh dari si kerdil seperti aku..
hingga tiada lagi tertarik pada si bintang
bosan menyelubungi diri
ingin dikeluarkan segala kemarahan yang entah dtg dari mana
ingin dikeluarkan segala kekusutan
ingin dibasuh segala kesakitan yang dirasai
inginkan semuanya berubah

tapi aku hanya seorang insan yang tiada modal untuk melupuskan semuanya..
biarlah aku sahaja yang menanggung
biarlah aku sahaja yang melayan segala kekusutan
biarlah aku disini hanya menantikan perubahan
dan aku masih disini mencuba untuk berubah dan terus mencuba agar semuanya selesai
sebelum aku menutup mata dgn senyuman !


No comments: