Tuesday, April 10, 2012

kepastian yang pudar

Aku masih lagi disini
Masih lgi mengharap suatu sinar kebahagiaan datang menghampiri
Sesuatu kepercayaan yg teguh dihati
Sesuatu keajaiban yg hakiki

Aku masih lagi disini
Merenung masa depan yang susah ditafsir
Merenung kesilapan yang diakhiri dgn kekecewaan
Merenung agar suatu hari nanti impian tercapai

Aku masih lagi disini
Mempercayai satu hari nanti cintaku datang lagi
Mempercayai sayangku akan kembali
Mempercayai rinduku yang menyinar lagi

Dan aku masih lahi disini
Tetap masih lagi menanti
Tetap lagi mengharap
Tetap lagi mempercayai
Yang si dia akan kembali

Dan masih lagi disini
Setitik noktah tidak berubah
Masih lagi ditakuk lama
Masih lagi seperti ini

Tetap disini
Aku harus mengubah jalan hidup
Aku harus mempercayai yang nanti cintaku akan kembali
Agar aku sentiasa dihati


Published with Blogger-droid v1.6.9

Sunday, March 18, 2012

malam indah sepi

Malam indah sepi
Aku berteleku sendirian..
Masih lagi dengan hobi yang lama..
Masih mengira bintang yang bertaburan...
Malam indah sepi
Aku tersenyum sendirian..
Terkenang kenangan2 silam..
Sewaktu perasaan ingin tahu masih kuat
Malam indah sepi
Jari jemari ligat menekan punat2...
Tatkala otak masih ligat berpusing...
Ketika hati sedang runsing
Malam indah sepi
Mata yg segar menjadi kuyu serta merta..
Ohhhhh..kepenatan siang td harus diredakan
Memori hari ini tersimpan
Utk dikenang pd esok hari..

Goodnight
Published with Blogger-droid v1.6.9

?

Published with Blogger-droid v1.6.9

Wednesday, November 23, 2011

aku hanya...

disaat aku dikelilingi kemurungan
aku menyaksikan segala macam episod kesedihan
aku hanya diam seribu bahasa
kaku dan terkedu
terbujur jasad kaku di depan mata
orang yang paling ku sayang
meninggalkn ku tanpa ucapan selamat tinggal
hanya doa yg mampu aku bekalkan
aku dicurahkan dengan kesedihan
aku ditaburkan dgn penyesalan
disaat itu pikiranku celaru,kusut dan segala beban kupikul tanpa apa2 persediaan.
aku melangkah ke jalan yg salah.keputusan yg benar2 merubah 90% hidup aku selama ini..
aku kecewa
aku sedih
aku menyesal

maafkan aku

Wednesday, October 13, 2010

feeling x pasal2

mata kecik semakin kuyu
merenung bintang bertaburan di langit malam
menambah keindahan malam suram
asyik memikirkan tentang bintang
terlupa hidup yang terumbang ambing
terlupa tentang sengketa dunia
terlupa semuanya
renungan hanya pada si bintang
terkelip2 tidak henti
beribu atau berjuta tidak mampu dibilang
terkebil entah alasan apa mahu digapai bintang nun jauh disana
suatu impian bodoh dari si kerdil seperti aku..
hingga tiada lagi tertarik pada si bintang
bosan menyelubungi diri
ingin dikeluarkan segala kemarahan yang entah dtg dari mana
ingin dikeluarkan segala kekusutan
ingin dibasuh segala kesakitan yang dirasai
inginkan semuanya berubah

tapi aku hanya seorang insan yang tiada modal untuk melupuskan semuanya..
biarlah aku sahaja yang menanggung
biarlah aku sahaja yang melayan segala kekusutan
biarlah aku disini hanya menantikan perubahan
dan aku masih disini mencuba untuk berubah dan terus mencuba agar semuanya selesai
sebelum aku menutup mata dgn senyuman !


aku dah besar sekarang !

teringat aku time kecik2,
kecik2 kalo masuk skolah je..
tgk mak xde kat blakang komfom nangis..
takut kalo kne buli..

teringat aku time kecik2,
kat skolah tiap2 bulan mesti ade vitagen dtg skolah..
time tuh la sukaria yg amat dpt minum air sedap..
seronok sangat kan

teringat aku time kecik2,
buat senaman ramai2 satu kelas..
cikgu suruh buat bulatan pegang tangan..
malu tanak pegang tangan pmpn..

teringat aku time kecik2,
tiap2 bulan mesti ade abg dgn akak dtg suruh beli buku..
pastu balik rumah nangis2 suruh mak belikan buku cerita tuh
mak aku berabis duit beli buku cerita nipis yang x smpi 30helai

teringat aku time kecik2,
musim main macam2 sangat
ade musim gasing,musim guli,musim layang2..
byk sangat mainan aku..
smpi aku dah tatau nak main ape dah..

teringat aku time kecik2,
time2 raya je paling meriah dalam hidup..
baju raya dah ade.kasut raya time tuh nak yang ade lampu2..
duit raya komfom2 la bertimbun2 dlm beg duit..
pastu kumpul beli game tetris tuh..
syok beb !

teringat aku time kecik2,
tiap2 kali nak makan je..mesti mak panggil makan..
pastu suapkan nasi dlm mulut..
tngah kunyah2 sempat lagi berlari dlm rumah..
nak mandi mak bawakkan pi bilik air..
siap mandikan lagi..
seronok beb..

teringat aku time kecik2,
bapak aku slalu belikan tape game..
tiap2 mggu ade je game baru aku dpt..
bapak aku plak slalu belikan mainan..
robot byk sangat dlm bilik aku..


sekarang ni aku dah besar dah..
makin lame umur makin meningkat..
dah patut kahwin da pon..

tapi aku masih lagi dlm dunia fantasi aku sendiri..
hidup masih terumbang ambing..
ekonomi sendiri pon x stabil lagi..
impian bukan main lagi..

dan dalam kepala otak aku ni..
tersimpan seribu memori nakal2 aku time kecik2 dulu..

Tuesday, October 12, 2010

yayangku ~ uhuuu

yayang,
rindu b kan..? of koz la b pon rindu sayang jgak..
sangat-sangat tau babe..
haaa..

yayang,
b tau yg sayang ni garang sangat..
tp b steady je.sbb b tau yayang syg kat b sangat kan..
haaa..

yayang,
b tau syg sorang je terer goda2 b tau..
b cair tau babe..
meh nak picit hidung kemek dia..

yayang,
jangan tgk orang lain eh..
b tau yg mata syg tuh besar..
tp jangan tgk orang lain..b x ske..
b jeles sangat2..

yayang,
rindu sangat la yang !! hahaha

hanya sebuah misteri

malam hening disinari dgn keindahan bintang
aku masih disini..
mengharapkan sesuatu yang x pasti..
sedangkan apa yang aku impikan hanyalah sebuah mimpi..
mimpi yang x berkesudahan..
mimpi yang x mungkin dpt ditunaikan..
walaupon aku separuh mati untuk mendapatkannya..
hanya impian yang dpt aku capai..
malam hening disinari dgn keindahan bintang
aku masih disini..
seperti dulu,tidak berubah dari segi rohani dan jasmani..
mencuba untuk merubah hidup..
tapi hanya sebuah impian demi impian yang mampu aku ciptakan

malam hening disinari dgn keindahan bintang
aku masih disini..
dgn tuala mandi masih berbalut dibadan..
dgn badan kudut aku yang masih berbaki sabun..
dgn rambut yang wangi selepas di syampoo..
dgn kipas ligat berputar..
aku disini kesejukan..
terdengar satu suara yang sudah kebiasaan menerjah gegendang telinga anak malaysia ini !!
sayup-sayup kedengaran...


'' acu,ko tanak makan ke..?''
laaa..suara mak aku rupenye..patut la macam biase dgr je..
okay la..aku nak makan dulu..
lapar ni beb ! chow

Tuesday, May 04, 2010

pertuturan materialistik !

anda !
pertuturan ayatmu secantik kain sutera
mimik muka simpati seakan meminta untuk dikasihani
janji manis bertubi-tubi dari bibir hitam pekat
membuatkan manusia sejagat menaruh harapan yang tak pasti

anda !
seikhlasnya aku meminta untuk di jaga hati rapuh manusia kerdil
seikhlasnya aku meminta untuk menjaga kepercayaan yang diberi
seikhlasnya aku meminta belas darimu untuk mencari harta yang kau kebas

anda !
cukuplah aku melihat lenggok2 badan sasa mu
cukuplah aku mendengar dendangan pujanggamu
cukuplah aku merasa meluat dgn tingkahlakumu
tak sanggup aku menagih senyuman dari muka hodohmu !

anda !
sedarlah...tak semua manusia mampu melayan perangai bodoh darimu !


Saturday, November 28, 2009

5 jam

bintang bertaburan indah seperti malam2 sebelum..
tilam empuk disertakan dgn bantal bacin yg agak 2 dekad x basuh..
dicium,dipeluk,digomol2 bantal tuh !
mencapai handphone,jari2 menekan punat2,mendail nombor kesayangan !
terdengar suara halus dihujung talian * nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan kami *
arghhh !!! salah tekan la plak..
jari2 mencari nama seseorang dalam phone book !!!
nah ! itu dia..oh chentaku.*dgn suara ala-ala shah rukh khan
mendail dan terdengar suara manja di sana..*halu yayang
ohhh !!! happy rasanya bile digoda begitu
dan tercetus perbualan yang harus dirahsiakan ! ( top secret )
setelah agak 5 dekad perbualan berlanjutan,tiba masanya untuk masing2 merehatkan diri
yang seharian bekerja tanpa henti !
talian dimatikan,handphone di 'cas',mp3 dimainkan,mata terlelap seterusnya mimpi2 yang indah !
saatnya tubuh ini di 'cas' juga untuk kemudahan esok hari !

lampu kalimantang

terkelip kelip mata memerah !
merenung bintang bertaburan di luar !
seakan mengira jumlah semuanya !
agak mustahil untuk dilaksanakan !
kaki mengigil menahan kesejukan !
lampu terpadam ! tap *
kuyu dan seterusnya terlelap !

Tuesday, October 20, 2009

dari laptop akak aku

dari laptop akak aku,
aku menaip yg bukan2,salah satu kat blog nih
aku bukak lagu yang ada dlm pendrive dia..
biasalah lagu pmpn,slow je la feeling..
sedang dlm menaip2 nih..
terpk plak pasal bencana yang kat indonesia tuh..
ada orang ckp mmg patut sbb orang2 sane byk buat maksiat..
bagi aku,tuh urusan DIA...kita xtau sbb ape..
kita nih bukan tuhan nak tentukan alasan terjadinya bencana nih semua..
mmg la orang sane macam tuh kan,aku byk jugak tgk konsert2 kmpg2 dorang
seksi meksi ngalahkan hollywood..
tp dah mcm tuh cara dorang,kita nih bukan orang sane pon..

biarlah ! sebagai manusia kita tayah la nak sekat hak dorang kan...
biarlah ! aku hanya mendoakan negara kita bebas dari bencana2 mcm tuh

jiwang dalam marah ! perempuan pemalu

dalam sekelip mata sahaja,
rasa menyakitkan hati menyelinap dalam diri,
melihat kau melentikkan badan yg tegap,
membuat bibir tebal seakan-akan mungil,
jari2 gemuk dan tembam menghentak2 meja sepertinya dirimu adalah Yang berhormat

dalam sekelip mata sahaja,
kau mempergunakan hati seorang kawan yg aku anggap terbaik,
kau membuatkan hati seorang kawan hampa,
kau teriak keriangan disana sedangkan disini hati dirobek rakus,

dalam sekelip mata sahaja,
aku benci dgn sikap melulu dan berfikiran sempit yang kau tonjolkan,
aku benci dgn mimik muka kau yang kau tunjukkan,
aku benci dgn cara2 kau berkata yang hebat seperti pemidato terhebat masa kini,

dalam sekelip mata sahaja,
meluat melihat kau memujuk dgn gambaran tangan kau
berparut2 hasil kerja tangan kau yg menunjukkan kau tidak bertamadun,
menyelesaikan masalah dgn kelaran seribu parut
mengapa tak kau potong sahaja tangan tembam kau..?

Saturday, May 09, 2009

dalam bilik usang

hoh !~
aku tgk tapak tangan aku
cam best je kan kalo tapak tangan ni melekat kat pp org..
tp cam xbest plak kalo tapak tangan dorang melekat kat pp aku plak..
ahh biar laa dgn tapak tangan ni..

hoh !~
aku tgk tapak kaki aku plak
apsal ada bekas luka..?
owhhh,baru aku teringat
dulu2 time kecik2 aku main polis sentri kat tmn..
pastu terpijak kaca..
ntah memerang mane pecahkan kaca kat situ

hoh !~
aku capai pen dgn kertas..
aku lukis la gmbr org kuat aku (( predator ))
tp apsal muka dia cam kambing..?
ahh lantaklah lukisan aku..
bedal je laaa..

hoh !~
aku duk dlm bilik dgr lagu ahmad jais
feeling dia lain macamlah lagu2 retro nih..
mak aku kat bawah bising2 sbb aku x makan lg
penat je dia masak nasi

hoh !~
aku toleh kiri kanan bilik aku
xdepaper..
yg ada hanya poster je..
poster kalo best xpelah jgak..
ini poster teletubbies(( aku curik anak sedara aku pnya ))

last2 aku tidur je..
malas aku nak pikir lg

Sunday, March 22, 2009

mencuba percubaan yang kian hampa

hujan lebat sejak kebelakangan ni
aku duduk berteleku di bilik..
cuba untuk membilang titik-titik hujan

aku tunduk untuk menantikan keadaan reda
semacam gelisah memenuhi ruang hati
lantas mendongak apakah sudah kembali kpd sediakala..?

mencapai sebatang pena dan sekeping kertas
tangan mencoret yang entah haram sepatah aku x paham
tiada idea untuk apakah tujuan aku berbuat demikian

kesejukan kian terasa,aku runsing sendirian
memikirkan masa depan yang entah cerah atau suram
aku mencuba untuk berubah demi hidup aku kelak

pening kepala memikirkan tentang kesempitan yang dihadapi sekarang
hanya ketabahan hati dapat membuatkan aku masih bertahan sekarang
aku terdengar seakan2 semua mentertawakan aku
mengejek,mencaci,mengutuk memberikan respon negatif
dorongan yang aku harapkan sama sekali tidak terukir
apa yang mampu aku buat selain mencuba..?

Tuesday, March 03, 2009

SUPER MAK !

mak aku,
dia seorang superwoman dalam hidup aku
dia seorang pmpn yg kuat,power serta lawa
mempunyai kriteria2 yang aku minat
senyuman dia yg buatkan bapak aku lentok tuh

mak aku,
dia ni tiap2 hari akan melayan kerenah bapak aku
yang slalu request macam2 mende yg x masuk akal
ngalahkan perdana menteri zimbabwe
tapi mak aku x pernah nak mengeluh pasal semua tuh
dia pon layan je paler bapak aku..

mak aku,
kakak ngn abg aku ckp mak aku dulu garang
dorang asik kne sebat je
nasib aku baik,mak aku x penah nak cubit..
kalo tepuk pon pelan aje..
sbb tuh aku sayang mak sangat

mak aku,
aku suka baring kat riba dia..
sedap ! aku bule tido dgn selesa..
smpi kaki mak aku kebas sbb aku xreti nak bgn ! heh..
kadang2 dia marah jgak,sbb dia susah nak menjahit..

mak aku,
tiap2 masalah yg aku hadapi sekarang ni
aku ceritakan kat dia
dia pon slalu kasi nasihat kat aku
ada jgak yg aku ikut,ada jgak yg aku buat tatau je..

mak aku,
kadang2 dia tanya aku knape acu ni manja sangat ngn mak..?
dia senyum..
aku suka tgk dia senyum
pastu aku jawap laa..
alaa mak,adik kan anak mak ! mestilah nak manja2 lebih2 sket..



p/s : acu sayang mak sangat ! :D

lorong sempit gelap bertemankan harapan

aku disini seorang diri,
meraba-raba untuk ke destinasi harapan,
mencari-cari sinar yang mungkin akan merubah hidup aku kelak,
apakah aku mampu untuk menggapai..?
apakah aku mampu untuk mencapai..?
hanya keberanian dan cita-cita tinggi dapat merealisasikan impianku,
batu-batu keras penuh menghalang untuk aku berjuang,
suara-suara manusia bercaci silih berganti,
apakah aku mampu untuk menghadapi dugaan yang kian melampau..?
kata-kata semangat untuk aku berjuang hanya sekadar menampar ditelinga seperti angin menghembus..
sepertinya aku hampir musnah akibat terjahan yang tidak pernah putus,
sepertinya aku hampir putus harapan untuk perjuangan kali ini..

disaat ini aku mengharapkan agar ada segelintir sinaran yang mampu untuk aku bangkit kembali,
disaat ini aku mengharapkan agar ada secebis kekuatan untuk aku tempuhi terjahan-terjahan duniawi..
ahhh,dan aku masih mencari-cari agar sinaran yang aku mahukan mampu untuk aku capai..

Monday, March 02, 2009

bumi GAZA tak seindah bumi malaysia

bencana dari negeri airmata..
ratusan ribu jiwa pergi mendahului kita..
mengharapkan segala ketakutan ini akan berakhir..

menangisi pemergian insan tersayang..
menutup mata,menghembuskan nafas terakhir diriba..
dgn ketidak relaan menjadi korban..
menjadi korban konflik dunia yg semakin melampau..

menentang kuasa besar seakan2 menyerah diri ke arah jurang maut..
hanya doa dari insan2 teraniaya menjadi bekalan..
mengharapkan tiada berlaku kejadian menyedihkan berlaku didepan mata..

apakah yg masih diperjuangkan..?
apakah yg masih direbutkan..?
soalan yg masih belum terjawap..

dan aku masih disini..
insan kerdil yg tidak mampu berbuat apa2 selain berdoa agar diberi keamanan di bumi gaza !

kalau lah aku..

kalau lah aku boleh jadi superhero..
aku nak jadi macam superman..
boleh terbang kesana kesini..
tapayah lah aku nak pikir pasal duit sangat..
nak pegi kerja pon senang..
tp aku tanak lah pakai spender kat luar !

kalau lah aku boleh jadi superhero..
aku nak jadi macam spiderman..
bule melekat kat dinding..
panjat2 dinding..
lompat2 dari rumah ke rumah..
tapi siapa nak bersihkan jaring2 yg aku buat nnt..?
dah nyusahkan orang plak..

kalau lah aku boleh jadi superhero..
aku nak jadi macam batman..
ada kereta best,laju dan bergaya..
orang kaya plak tuh..
aksesori macam2,banyak plak tuh
tp batman kne keluar malam,kang esok nak kerja dah ngantuk,
x pasal2 kne buang kerja,xkan nak jdi batman sepenuh masa..?

kalau lah aku boleh jadi superhero..
aku nak jadi macam ultraman..
bule laser alien ntah macam2 rupa..
bule terbang pegi planet2 lain..
tp ultraman besar sangat,karang aku terpijak rumah kang..
abih mak aku marah !

kalau lah aku boleh jadi superhero..
aku nak jadi macam power rangers merah..
sbb dia kapten,
lagipon kalo ada pistol ke,pedang baru ke..
dia merasa dulu..
tp power rangers kne ada 5 org..
aku nak ajak siapa..?

last2 aku pikir..
buat apa aku nak jadi macam diorang..
baik aku jadi diri aku sendiri..
lagi best..
lagi selesa ..

Monday, February 16, 2009

perihal si tukang karut

hey tukang karut..
hatimu dipenuhi hasad dengki yg kronik !
penuh dgn kehitaman durjana yg menyelubungi seluruh hatimu !

hey tukang karut..
bibir mungil menuturkan kata nista dan fitnah !
sedalam2nya dikau mencungkil rahsia !
beruk2 peliharaanmu hanya mengangguk tanda setuju !
tanpa tahu menahu ttg perkara sebenar !

hey tukang karut..
masih adakah kebencian pada dirimu terhadap manusia sejagat !
tiada ingatan dalam kotak memori ttg kejadian lampau !

hey tukang karut..
hargai kebaikan manusia terhadap dirimu yg selama ini cuba utk membahagiakan hidupmu !
hargai ttg manusia yg selama ini menolong dirimu tatkala kesusahan !
adakah terlalu bernilai sesebuah penghargaan utk manusia..?

hey tukang karut..
hentikan fitnah kosong yg tidak bermoral !
hentikan kebodohan dirimu !
buangkan kebencian dari dirimu yg hodoh lagi hina !

hey tukang karut..
adakah ini yg dikau cari selama ini..?
adakah ini impian dikau selama ini..?
apakah yg kau mahu dari manusia..?

Thursday, February 12, 2009

Husnani kah..?

Nurhusnani !
nama yg kusebut2 sebelum tido !
tp lepas aku baca doa tido laa..

Nurhusnani !
mata menggoda mencairkan diri ego ini !
mata bulat dia cam nak cucuk2 je (( jeles ))

Nurhusnani !
gelak tawa riang sentiasa membuatkan hati ini bahagia !
kadang2 gelak dia cam perli aku.. (( selalunya part2 aku salah ckp ))

Nurhusnani !
adakah perhubungan kita akan kekal !
doa2 la syg eh..

Nurhusnani !
tiap2 malam mesti nak call dia..
smpi mak aku bising aku tido lmbt..

Nurhusnani !
b sayang sangat kat manje tao..
jgn tinggalkan b tao syg !

ehehee

konflik tiada penghujung

mendongak utk melihat apakah ada mentari yg menerangi bumi tua ini..?
utk kepastian yg jelas ttg konflik dunia..
berdoa dgn tulus agar dimakbulkan..
apakah semua ini akan berakhir..?

Wednesday, December 24, 2008

naney kusayang naney

naney !
kawan2 dia panggil dia ngn nama tuh.
kawan2 aku pon panggil dia dgn nama tu.
tp family dia x panggil dia camtu..

naney !
dari start aku memula jmpa dia..
dari start aku memula aku tenung muka dia..
dia da start goda aku..
tuh yg aku ngurat dia tu..

naney !
skang ni da 4 tahun dia jd awek aku..
bukan awek aku jek,dia pon kawan baik aku..
segala masalah,rahsia dan sbgnya aku citakan kat dia..

naney !
aku suka jmpa dia..
kalo bule nak jmpa tiap2 hari..
sbb kitaorg bule gelak2,bule cita macam2..
aku kalo bebual ngn dia bukan mcm awek..
suma aku lepaskan kalo aku rasa x puas hati..

naney !
skang ni dia hari2 call aku..
hari2 dia goda aku..
tuh sbb aku nak kat dia je..
tuh sbb aku masih bertahan sampai sekarang..
baguslah kan..?
xde lah aku nak merasa keciwa..
ahah..

naney !
aku dah pasang angan2 mmg nak kawen ngn dia..
aku mmg dah amik keputusan..
tuh lah keputusan aku..

naney !
sekarang ni dia blajar..
jauh tau..
aku kat jb dia plak kat s.alam..
risau ada,sedih ada..
gembira tuh adalah jgak..
tp xde lah byk cam risau ngn sedih..

naney !
hari2 aku ckp ngn dia..
aku syg dia..
hari2 jgak dia ckp dia syg aku..
haaa..
aku percaya ckp dia..
tp aku percaya ke ckp aku sendiri..?

fragile

terasa sakit ditusuk pisau kejahatan dari belakang,
adakah ini akan berakhir..?
bilakah seksaan ini akan berakhir..?

bibir hitam busuk itu menuturkan kata2 nista,
menghamburkan fitnah2 yg melampau,
adakah ini yg dikatakan pengorbanan kawan..?

diberikan susu segar utk tekak haus itu semata2 tidak mampu
utk melihat engkau kehausan,
dan sebagai balasan engkau berikan racun utk kematian kami..
budi yg diberi bukan utk dihargai,cukup sekadar diingati..

apakah perlu diungkit kisah2 lama..?
kisah yg semakin berhabuk dalam kotak memori kawan2..?


dalangnya seorang manusia..
cuma mempunyai hati hitam yg busuk..
fizikal dan mental hanya spt anak2 kecil..

dan tggu shj masa akan menentukan segalanya..
apakah sifat bongkak engkau dpt merealisasikan impian bodoh yg engkau harapkan..

Friday, November 07, 2008

tarikh keramat bagi kita kan chenta..

4hb November,
tarikh bermakna utk kita,
termaktubnya segala janji2 manis dari b,
lagi manis dari gula2 lembik yg syg suka tuh..

4hb November,
tarikh syg terima b seadanya,
walaupon time tuh muka b time tuh mcm kete kebal kne bom,
walaupon time tuh b serabai ngalahkan mat gian,
tp syg kata nak jgak..

4hb November,
tarikh yg tiap2 tahun kita celebrate sesama,
tp tahun ni xdpt plak kan,
sbb syg belajar jejauh,
b sedih,nasib baik ada h/phone,
kalo x kita msj2 pakai merpati je laa...

4hb November 2008,
da genap 4 tahun kita jd merpati sejoli,
mcm2 benda,mcm2 dugaan dah kita tempuh sesama,
tiap2 org yg konon2 nak masuk campur hal kita,suma b mara dorang kan,
b garang kan syg..?

4hb November,
syg selalu buat b mara2,
kita slalu gado pasal bende alah yg remeh temeh kan,
tp nasib baik syg sabar ngn perangai b,
kalau x dalame kan syg tinggalkan b sensorang,
dah lah b xde org minat,
xkan b nak kapel ngn makcik2 plak,


sekarang ni,
b rasa happy sangat2 sbb dpt kenal ngn syg,
b rasa beruntung sangat2 sbb dpt cintan2 ngn syg,
sbb syg sporting,suka goda2 b,manje sangat2,suka jeling2 b..
haaa..


syg b kan..?
kalo syg b meh nak kiss !

Thursday, October 16, 2008

untitled

terkesima dengan pemandangan menakutkan..
dipaparkan sebuah kehidupan yg kolot dan kejam..
dilayangkan segala kerakusan dihati..
mata terbeliak dgn perasaan bercampur baur..

terbayang2 kelibat anak2 kecil berlarian dgn rakan2 sdg bermain..
gelak tawa keriangan,kegembiraan memecah kesunyian..
para2 tua yg hanya duduk2 memerhati keadaan sekeliling..
hanya menghitung hari utk pergi..
dan disini pelbagai ragam manusia dpt dilihat..

dan sekarang.
hanya tinggal kenangan..
hanya tinggal memori silam indah utk diri ini..
yang ada hanya suatu peperangan yg tak sudah..
perkara yg berabad lamanya dipertaruhkan..
perkara yang hanya akan meragut lebih ramai manusia2 tidak berdosa dan tidak tahu apa2..

bergelimpangan sekujur tubuh kaku seorang ibu..
dan disisi terlihat anak kecil meratapi si ibu yg terbujur kaku..
tidak mengerti apa2..
hanya memikirkan kenapa ibunya sejak tadi tidak mahu menyusukannya..
apakah itu cukup utk membuktikan ttg keganasan sesuatu perkara..?

seorang tua yg tubuhnya kurus kering..
kulit melayut lembik..
ditembak tanpa alasan..
dibunuh tanpa belas kasihan..
tidak tahu ttg konflik yg terjadi..
hanya menjadi mangsa keadaan..
apakah itu cukup utk membuatkan manusia2 dibumi ini utk memastikan keadaan bumi aman..?
adakah bumi ini akan aman..?
hanya impian2 kosong dan angan2 sia2..
dan aku masih disini..
mendongak,meratapi kematian sia2 rakyat2 miskin yg malang..
dan mengharapkan lagi ada sekelumit manusia yg inginkan keamanan dunia..

Thursday, October 02, 2008

risau dalam hati hitam pekat membara !

ehehe :D

tajuk nak gempak kan...?

ahahha..

padahal tade mende pon..

aku cuma pening2 paler tatau nak buat blog ape..

haaa..

yerlaa kan !

org demam..

so pemikiran agak kelam kabut,kacau bilau..

haaa..

dan 3 gelas aku teguk susu suam !

air kesukaan tp apakan daya..

demam x kebah2 lagi..

haa..



cuma disini aku nak smpikan je..

aku rindu sangat2 kat naney ! (( awek aku laa,xkan auntie kedai mamak sbelah ni kot ))

aku rindu kat dia..

even slalu jmpa..

tp still nak jgak rindu dia

peduli apa aku..

aheeee :D



alahaii..

nak pelok x line clear..

ehehehe..

heee :D



b nak ayg bebyk eh..

b nak mwah mwah bebyk tau..

nak manje2..

nak belai2..

nak pelok2..

hati resah dalam gembira

mata terkebil2..

bdn lemah akibat penyakit demam yg tiba pd mlm raya !

masih tak surut walaupon diteguk beberapa gelas susu suam !

kesukaanku ! :P



rindu pada si dia..

aku merindukan dia seolah2 kami tidak berjmpa selama 10,000 tahun !

hati membuak2 seakan2 tidak akan melepaskan dia..

janji itu sudah termaktub pada awal pertemuan kami ! (( coklat crunch kan sayang..? ))

kecantikan,kelembutannya mampu merobohkan tembok ego sekeras tembok besar cina..

aku kalah dgn senyuman,aku kalah dgn pujuk rayu dia !



okaylah,sekarang biarlah aku melepaskan perkara yg selama ini membelenggu hidup aku selama ini..

tajuk utama kerisauanku selama ini

yeah !

apakah aku dpt membahagiakannya..?

apakah aku mampu menjaga makan minum pakaian dan segala keperluan..?

apakah aku mampu utk memberinya kemewahan yg cukup dihari tua kelak..?

arghh !!!

bermacam2 perkara dipikirkan dalam otak sempit nih !

kalo boleh ingin aku keluarkan agar aku dpt selesaikan satu persatu dan mencari jawapan utk semua itu

tp apakan daya..

aku hanya manusia biasa..

tidak mampu utk membuat perkara yg mustahil dimata dunia !

lagikan nnt org anggap aku ni alien atau seangkatan dgnnya !

tp walau apa pon yg bakal terjadi..

aku akan ttp berusaha utk diri nya..

heee

gambateee !!





setakat ini hanya nasihat dan dorongan positif yg aku terima dari si dia !



yeahh !!!

ombak manusia utk sayang !!!

haaaa..

tepuk tangan bebyk sbb slalu goda b..

huuuu..

Friday, August 22, 2008

satu hari bersama ...

hari ini malam seperti biasa..


aku melihat dan menikmati malam yg indah..


dan hanya akan mengharapkan sesuatu yg mustahil utk diimpikan





dan hanya akan ttp menikmati setiap malam sehingga lelap

ehem ehem..

politik yg semakin hancur dgn ketamakan manusia..
politik yg semakin hancur dgn kepala otak yg selalu berpikiran ingin mengaut keuntungan dari rakyat yg x berdaya..
kononnya ingin membela rakyat yg ditindas..
kononya ingin menegakkan keadilan..
berkempen bukan main lagi dgn suara yg lantang..
menjerit seperti beruk inginkan keuntungan yg tersirat...
hari ini terlihat sifat2 bodoh seperti kera..
hari ini ditayangkan kata2 kesat dari mereka..
inikah yg dikatakan dgn ingin memberi keadilan..?
inikah yg dikatakan dgn ingin memberi kebebasan..?
ditunjukkan perangai bodoh dan hodoh..

Friday, August 08, 2008

aku masih disini

hujan renyai2 mulai reda..
malam yg indah ditampil..
biji mata terbuntang melihat biji2 bintang bertaburan..
sejuk beku ditulang masih ditahan..

otak kecil ligat berputar memikirkan.
entah apa yg harus difikirkan..
badan penat melayan dari pagi..
darah mengalir tanpa henti,laju..
hanya ingin menguntumkan senyum..
pelbagai otot mulut diperlukan..

jari dari pagi menaip dan melayan msg kawan2..
entah bila akan terasa penat..
siapakah penciptanya..?
ahhh,malas utk memikirkannya..

tidak dpt ditahan sakit kepala..
obat masih tidak dpt mencegah...
ahh,lantaklah..
biar laa diharungi sendiri kesakitan..

utk masa depan dan berikutnya..
masih melihat ke atas..
masih dgn kelakuan yg sama saban hari
dan mengira bintang bertaburan..
dan mengagumi keindahan angkasa malam